Monday, March 21, 2011

Keberkesanan Vitamin C

KEBERKESANAN VITAMIN C

DENGAN MENGAMBIL LEBIH VITAMIN C:::::[Legakan Sakit Tulang Belakang...]


Pakar perubatan Amerika berpendapat kesakitan pada bahagian belakang boleh dilegakan dengan pengambilan 
 VITAMIN C


Keberkesanan Vitamin C telah dikenalpasti sejak berpuluh tahun yang lalu yang mana ia mampu melegakan kesejukan, selsema, alergi dan asma.  Dalam kajian yang lain menunjukkan Vitamin C juga mampu melegakan penyakit tulang belakang serta boleh mengurangkan rasa sakit ketika pembedahan dijalankan.


Menurutnya lagi Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam menyembuhkan tisu-tisu tubuh yang luka atau rosak.  Pembedahan bukanlah cara terbaik untuk mengurangkan sakit tulang belakang.  Kombinasi Vitamin C dan latihan jasmani yang ringkas merupakan cara terbaik untuk mengubati sakit tulang belakang.
Menurut pengalamannya lagi selama beberapa tahun ia mengidap sakit belakang, ia mengambil 500 gram Vitamin C sebanyak tiga kali sehari dan melakukan latihan ringan. Lama kelamaan keadaannya menjadi semakin baik dan akhirnya ia pun sembuh.

Menurutnya lagi salah satu keajaiban yang ada pada Vitamin C ialah sebanyak  mana pun kita mengambilnya, ia tidak memudaratkan, cuma kadangkala akan berlaku cirit birit, itu pun dapat diatasi dengan mengurangi pengambilannya.

Kajian juga menunjukkan pengambilan Vitamin C juga bukan sahaja membantu membaiki tisu yang rosak tetapi juga boleh membaiki otot-otot yang tercedera ketika melakukan senaman aerobik.  Vitamin C yang terdiri daripada asid askobik berfungsi sebagai penyatu tisu-tisu tubuh dan juga digunakan oleh sel darah putih untuk menghalang terjadinya jangkitan.


Pakar-pakar menasihatkan supaya pengambilannya antara 750 gram hingga 2000 gram sehari.  Ini dapat membantu mengekalkan tisu, menguatkan sendi dan tulang-tulang disamping mengekalkan kedudukan ruas tulang belakang itu sendiri.  Mereka juga menasihatkan sesiapa yang mengidap sakit tulang belakang supaya segera berjumpa doktor dan meminta nasihat bagaimana pengambilan Vitamin C harus dilakukan.

No comments:

Post a Comment