Thursday, March 17, 2011

Kepimpinan Dan Pemimpin

KEPIMPINAN DAN PEMIMPIN


 

 

SEORANG PEMIMPIN PERLU BELAJAR DAN BERKEMBANG::::: [Mencapai tahap kejayaan....]

PEMIMPIN  memang wajar bersikap demikian. Sebagai seorang pemimpin sama ada pemimpin dalam sabuah organisasi, keluarga, pasukan dan apa saja.... Perkara yang utama ialah matlamat pimpinan anda, kemana ia di arahkan; tentu sekali kepada kejayaan.  Untuk itu keyakinan diri dan kemampuan anda adalah pendorong kepada langkah selanjutnya untuk mencapai matlamat paling terbaru.

Oleh kerana pengaruh kepimpinan anda, orang yang di bawah pimpinan meletakkan harapan mereka kepada anda. Sanggupkah anda mengabaikannya?... Belajar dan berkembang adalah resepi yang terbaik untuk anda berbangga dengan kepimpinan anda.

Tuesday, March 15, 2011

Penjimatan Tenaga::Pandu Bijak

PENJIMATAN TENAGA :: PANDU BIJAK

Pada umumnya penjimatan petrol dapat dibuat apabila berurusan disekitar kawasan berhampiran. Dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki penjimatan tenaga sangat berkesan , tambahan pula ia bolih menyihatkan badan .

Amatlah bijak jika memandu dalam keadaan yang baik dan selamat kerana ia menjana penjimatan tenaga. Selain itu  harus dipastikan :
  • Barang-barang disimpan di but yang membebani kereta hendaklah ditinggalkan jika tidak diperlukan, dengan itu ia bolih mengurangkan bahan bakar kereta berkenaan.
  • Tekanan udara dalam tayar mencukupi kerana ia memberi kesan yang besar kepada jarak perjalanan kereta.
  • Perlahankan pecutan  dengan rpm yang enjin yang rendah.
  • Pandu dengan kelajuan yang tetap kerana ia adalah teknik yang penting.
  • Kereta bergerak secara inersia (meluncur) dan memindahkan kaki dari alat pemecut dalam jarak 70 meter sabelum berhenti.
  • Mematikan enjin ketika kereta berhenti  untuk menunggu.
  • Selaraskan suhu dan kelajuan kipas alat hawa dingin.
  • Gunakan penahan cahaya matahari dan letak kereta ditempat yang teduh dan terlindung.  Turunkan cermin untuk mengeluarkan udara panas sabelum menghidupkan enjin kereta.