Sunday, March 6, 2011

Kemungkinan Anak Anda Tidak Mengetahuinya

KEMUNGKINAN ANAK ANDA TIDAK MENGETAHUINYA

Terpulang kepada anda untok memberi perhatian kepada keperluan pemakanan mereka.
Merancang satu pemakanan yang seimbang bagi memastikan anak anda memperolehi khasiat yang perlu untuk fungsi-fungsi tubuh yang normal dan SIHAT.

  • VITAMIN A - Untuk penglihatan yang baik dan rambut, kulit dan kuku yang sihat. >Sumber makanan - Susu,telur,sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • VITAMIN B - Membantu mengawal sistem urat saraf .>  Sumber makanan - Daging tanpa lemak, sayur  berdaun hijau, bijirin dan roti `whole grain`.
  • VITAMIN C -  Untuk gusi yang sihat, meningkatkan penentangan kepada jangkitan.> Sumber makanan - Buah sitrus, tomato, limau, oren...
  • VITAMIN D - Memelihara dan menguatkan tulang dan gigi.>  Sumber makanan - Kuning telur, susu yang diperkukuhkan dengan vitamin D
  •  VITAMIN E - Menjadikan sel darah sihat.> Sumber makanan - minyak sayuran, gandum.
  • IRON - Mengangkut oksigen didalam darah. > Sumber makanan - Hati, daging, sayur berdaun hijau.
  • ZINC - Memerangi kesan pencemaran udara. >Sumber makanan - Makanan laut, produk `whole grain` .
  • CHOLINE - Memastikan hati berfungsi dengan betul.>  Sumber makanan - Telur, hati, kacang soya...
  • IODINE - Membantu pengawalan metabolisma (proses perubahan makanan kepada jirim hidup dalam tubuh).> Sumber makanan - makanan laut
  • MAGNESIUM - Memajukan kerehatan otot yang baik.  Sumber makanan - Daging merah, sayuran berdaun hijau.

Satelah mengetahui keperluan -keperluan ini sudah tentu anda  mahu memastikan anak anda berkembang dengan SIHAT dengan pemakanan yang seimbang. Anda boleh saja menambah pemakanan anak anda dengan berbagai vitamin dan zat galian.

No comments:

Post a Comment