Tuesday, March 15, 2011

Penjimatan Tenaga::Pandu Bijak

PENJIMATAN TENAGA :: PANDU BIJAK

Pada umumnya penjimatan petrol dapat dibuat apabila berurusan disekitar kawasan berhampiran. Dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki penjimatan tenaga sangat berkesan , tambahan pula ia bolih menyihatkan badan .

Amatlah bijak jika memandu dalam keadaan yang baik dan selamat kerana ia menjana penjimatan tenaga. Selain itu  harus dipastikan :
  • Barang-barang disimpan di but yang membebani kereta hendaklah ditinggalkan jika tidak diperlukan, dengan itu ia bolih mengurangkan bahan bakar kereta berkenaan.
  • Tekanan udara dalam tayar mencukupi kerana ia memberi kesan yang besar kepada jarak perjalanan kereta.
  • Perlahankan pecutan  dengan rpm yang enjin yang rendah.
  • Pandu dengan kelajuan yang tetap kerana ia adalah teknik yang penting.
  • Kereta bergerak secara inersia (meluncur) dan memindahkan kaki dari alat pemecut dalam jarak 70 meter sabelum berhenti.
  • Mematikan enjin ketika kereta berhenti  untuk menunggu.
  • Selaraskan suhu dan kelajuan kipas alat hawa dingin.
  • Gunakan penahan cahaya matahari dan letak kereta ditempat yang teduh dan terlindung.  Turunkan cermin untuk mengeluarkan udara panas sabelum menghidupkan enjin kereta.

No comments:

Post a Comment